KITA PERLUKAN PEMBANGKANG YANG LEBIH BERKALIBER....
Terlebih dahulu saya memohon maaf jika anda penyokong kuat parti pembangkang. Jangan marah jika ayat-ayat di bawah ini menyinggung anda. Saya penyokong Barrack Obama.Saya cukup tertarik dengan pendapat Norizan yang secara lembut menyatakan 'pembangkang tak pandai'.
Memang, pembangkang Malaysia suka menghentam.. dan kelakar. Seramai-ramai pembangkang Malaysia, saya dapati hanya seorang sahaja (dahulu) yang boleh menggegarkan kerajaan DENGAN FAKTA - KS JOMO.
Pembangkang yang lain, tidak lebih dari orator. Saya sangkakan Anwar Ibrahim akan mengeluarkan idea2 fresh, tapi sayang, dia dan partinya tidak habis mengemukakan hujah mata lebam. Orang-orang kuat tidak habis cerita mengenai fail sulit tetapi kulit fail pun kita tak nampak. Seorang rakan, orang kuat PKR mempunyai slogan "BANGKITLAH KAUM BURUH & PETANI, MENENTANG KAPITALISME" .
Saya hairan, dia ni silap era kah ? Tak tau kah dia yang pertanian hanya menyumbang kurang dari 10% ke arah pendapatan negara. Buruh ? tidak nampak kah dia yang semakin ramai mengikut jejak taukeh2 berbisnes ? Saya rasa dia kelakar.Negara kebajikan ? Memang la ada .. duduk di Havana, Cuba, hisap curut..tetapi dari segi keupayaan diri, kita tertinggal 50 tahun kebelakang. Bahasa PhD-nya "a very low domestic and international competitive level". Siapa nak ngorat kita (thru pelaburan) jika kita lembab dan lemah sangat (tidak ada daya saing)? Sekarang zaman zaasss ..laju.Pembangkang kelakar kerana hendak beria-ia merealisasikan negara kebajikan.
Kepada mereka yang tidak faham, saya terangkan sedikit. Negara kebajikan bermakna kerajaan akan membelanjakan sebahagian besar duit kita (dapat melalui tax) untuk membina prasarana dan bagi free kemudahan kebajikan. Tetapi, macam mana kerajaan hendak belanjakan duit yg banyak jika dia kata nak kenakan cukai rendah ? Pendapatan (melalui tax) = $30, nak belanjakan (membuat kebajikan) = $25. Balance ciput = $5, itupun kira baik kalau takdak tsunami lagi. Selalunya kerajaan akan berhutang (fiscal deficit) utk melaksanakan prasarana, nak buat kebajikan.
Tetapi, bijakkah nak berhutang untuk berbakti ? Or in laymen "Kita kenakan cukai rendah (baca:pendapatan kerajaan akan jadi sikit), takpa, lepaih tu kita kasi free hospital expenses (baca: perbelanjaan banyak oleh kerajaan), free itu, free ini" .....hmm..Kelakar tak ? Lagi satu isu kelakar ialah nak turunkan harga minyak. Nasib baik minyak sekarang tak sampai USD 200 se-tong, kalau tak bankrap kerajaan asik nak subsidize negara. Tapi pembangkang nak jugak turunkan harga minyak Malaysia. Diorang nak buat macam mana aa ? Nak pakat2 dengan OPEC "kasi kurang lagi 70% la incik" ? Yang duk ada sekarang ni pun dah kurang banyak sebab Malaysia bespren OPEC.
Tang ni Rafidah Aziz kelakar, sebab dia kata 'nak turunkan apa ? minyak bijan ka ?'...(minyak bijan pun mahal tapi sedap bubuh dalam sup). In short, saya tak nampak apa-apa yang menarik tentang plan pembangunan mereka. Betul kata anda, di sini Kevin Rudd or Green membentangkan alternatif pembangunan yang cukup bernas.
Selain dari menggosip & memainkan isu perkauman (read between their lines too), pembangkang has nothing much in their points that can be put inside my thesis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment