Thursday, July 24, 2008

Cendawan Selepas Hujan



Cendawan aku dah mula mengeluarkan hasilnya.Buat masa sekarang nie permintaan melebihi pengeluaran. Bestnya bila setiap pagi dapat gak aku masuk rumah cendawan aku dan kutip semua cendawan. Makin hari makin banyak cendawan yang dihasilkan.
Kekadang bila kita benda kerja ngan benda yang bernyawa dan tumbuhan macam nie buat kita rasa tenang jer.

Projek cendawan nie merupakan kerjasamna aku ngan member baik aku. Sekarang nie baru jer ader 500 beg dan kami akan tambah lagi 250 beg dalam masa terdekat nie. Seronok beb.

Cendawan yang dah siap di kutip akan di masukkan ke dalam pastik beg. Kami jual setiap 100gram rm1.00. tapi kalau ader org nak dalam kilo kami akan jual sekilo rm 8.00.

Friday, July 18, 2008


Sedapnya pizza...Hepi Birthday Maisarah....



Mari la kita makan ramai2......semoga panjang umur adikku..

SELAMAT HARI LAHIR.....
Ari nie adik bongsu aku dah cukup la 7 tahun.....
cepat sungguh perjalanan hidup nie. Selalunya setiap malam istemewa nie kami akan adakan jamuan ringkas sekeluarga. So mlm nie nie kami ramai2 makan Domino pizza la. Tapi mlm nie jamuan tak cukup lengkap kerana 2 lagi adik aku tak ader.





Hepinya die dapat makan Domino. Hadiah aku kasi lambat sikit eks. Aku doakan agar adik bongsu aku nie berjaya dan panjang umur serta dimurahkan rezeki.

Monday, June 09, 2008

Kuala Terengganu ke Kota Bharu......

Perjalanan cukup meletihkan ..sakit tulang belakang aku......
kat kelantan kami pegi kenduri ISE....member aku time kat UMS dulu......sebab dulu time kenduri aku dier datang...so terpaksa la aku pergi sana jugak.....
Akhirnya kawin jugak kawan aku sorang nie .....Ini gambar Ise dengan bininya...



Best betol bila kedatangan kita dihargai .....siap terkejut beruk lagi Ise bila tgk kami datang kenduri kawin dia.....aku sengaja la tak gtau kononya nak buat surprise..hilang semua rasa letih badan aku.....

Kami pon tak lama kat kenduri dier jauh lagi perjalanan kami ......apapun kena sampai bangi sebelum pagi esok......

Tempat seterusnya sebelum pulang ke bangi adalah pantai irama......kami pon tak pernah pergi sana...saja ler gatai aku tekan minyak nak menikmati keindahan alam kat sana plak .....



Sambil berehat dan hilangkan lenguh badan.......sebelum bertolak kembali ke bangi..letih giler aku tgk member aku sorang nie ...kekeke

Friday, June 06, 2008

Perjalanan Bangi ke Kuala Terengganu .....

Tanggal 31 Mei hingga 1 Jun aku bersama sama isteri dan anak aku plus sorang lagi peserta...member baik aku Romy pergi ke terengganu dan kelantan.....


tgk la anak aku dalam keta baik jer...nasib la dier nie bukan yang keje nak nagis jer....
Rasanya dah cukup lama aku tak ke sana....Perjalanan cukup jauh....sakit belakang aku drive dari Bangi hingga ke Kuala Terengganu......letih beb..dah lama aku tak buat keje drive jauh2 mcm nie......

Bertolak pukul 7 pagi dan sampai kat kuala terengganu dah hampir pukul 3.00 petang dah.....dah la tu punya la sakit hati..asyik jem jer sepanjang jalan di terengganu....kami datang tak kena masa..time tue dah ler ader SUKMA...hari pertama lagi tue....sempat lagi kami singgah kat cherating ambil angin dan juga buang angin.....hilangkan penat di badan sambil bergambar kekeke


Kenduri kat terengganu merupakan member sematrik aku yang bernama Semang aka Rosman.....kawin jugak dier.....gembira aku bila tgk sahabat sambut bila kita datang dari jauh......hilang rasa letih kat badan aku.....


Kami pon tak leh lama.....pasni kena bertolak pi kelantan plak.....Alang2 dah sampai terengganu..kami ambil kesempatan melawat Masjid Kristal yang banyak rumours mcm2....
walaupun ramai yang kutuk masjid kristal nie ...tapi punya la ramai org datang tgk......

Taman Tamadun Islam kami tak sempat masuk...kalau masuk tue mau punya lama lagi kami kat sana huhuh.....

Jumpa medunk dengan keropok lekornya...lepas menjamu selera dan bergambar kami pon bertolak la ker kelantan ...lain page aku citer plak la ...

Saturday, May 03, 2008

MAKSUD DI SEBALIK PERKATAAN......


Di Amerika Syarikat dan Eropah, profesional yang mengembara ke angkasa lepas dipanggil astronaut.



Dalam bahasa Greek, ástron bermaksud bintang dan nautes bermaksud kelasi. Orang pertama menggunakan istilah astronout ialah Neil R Jones dalam cerita pendek 'The Death's Head Meteor' pada 1930. Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) menggunakan istilah ini untuk angkasawannya yang melepasi sempadan bumi (orbit).



Russia menggunakan istilah cosmonaut. Istilah ini berasal daripada cosmos (alam semesta) dan nautes (kelasi). Kedua-dua istilah mempunyai makna sama tetapi digunakan kerana faktor politik.

Pada 14 Mac 1995, angkasawan Norman Thagard menjadi rakyat Amerika pertama menaiki kapal angkasa Russia dan digelar cosmonaut Amerika.
China menggunakan istilah "yuhangyuan" atau "hangtianyuan" menggantikan perkataan angkasawan. Bagaimanapun, media Barat menggunakan istilah taikonaut untuk angkasawan China.



Angkasawan termuda ialah rakyat Russia, Gherman Titov berusia 25 tahun berlepas menggunakan kapal angkasa Vostok 2. Dia juga orang pertama mendapat penyakit di angkasa. Angkasawan tertua ialah John Glenn yang ketika itu berumur 77 tahun, menaiki STS-95 manakala angkasawan yang tinggal paling lama di angkasa lepas iaitu selama 438 hari ialah rakyat Russia, Valery Polykov.



Kapal angkasa yang pergi paling jauh ialah Apollo 13, sejauh 401,056 kilometer. Pada Disember 1980, wartawan Sistem Penyiaran Tokyo, Toyohiro Akiyama menjadi orang pertama membayar pengembaraan ke angkasa lepas dengan kos AS$12 juta. Dia digelar 'angkasawan penyelidik'. Malangnya Toyohiro menderita sakit sepanjang berada di angkasa lepas.


<
MANCHESTER UNITED 1 BARCELONA 0

Yahoooooooooooooooo...........thanks to Paul Scholes...
Malam yang penah bermakna buat aku........dah lebih kurang 9 tahun aku menunggu saat ini akhirnya dapat juga aku tgk MU masuk final sekali lagi.....

Mlm tue memang cukup puas hati....nasib la adik aku sorang ada gak yang meneman aku tgk MU lawan......




Last 10 minit tue jantung aku berdegup kencang jer rasanya.....kalau aku ader sakit jantung ...boleh mati aku dibuatnya......

Final nanti dapat la aku pi tgk MU kat Bangsar ker....baru puas hati beb.....
So lepas nie aku nak tgk MU menag Liga plak la .....today lawan West Ham..harap menang ler.....


Chelsea jugak lawan tunggal yang menggugat kelab aku nie .........MAN U FOREVER...




Saturday, April 26, 2008

Projek cendawan aku pon sudah bermula.....
Untuk kali pertama aku mencuba 500 beg dahulu....
kalau semuanya berjalan lancar akan akan tanbah sikit demi sedikit...


setakat ini semuanya berjalan lancar....aku jangkakan dalam pertengahan bulan 5 akan datang aku akan mula harvest untuk kali pertama.....
walaupun cendawan aku ni belum lagi keluarkan hasil ..tapi permintaan cukup tinggi....aku harap lepas nie boleh buka ladang cendawan pula la kekekeke...

Modal tak banyak tetapi pulangan cukup banyak..harap semua menjadi kali nie ....

Tuesday, April 08, 2008

Allah itu nama khas bg umat Islam

Islam bukan seperti Judaism dan Xtianity yg mana Tuhan mempunyai nama Khas iaitu YHVH

dlm xtianity, nama Allah itu wujud sbg terjemah kpd kata El, Eloah, Elohim dan derivativenya yg kesemuanya bermaksud Tuhan/God..dlm english ditulis God sedangkan dalam bahasa melayu ditulis Allah

sedangkan kata nama khas bg Tuhan Israel ialah YHVH yang diterjemahkan org2 Xtian sbg LORD (dgn sume huruf besar) dan dlm bahasa melayu YHVH diterjemahkan sbg TUHAN (juga dgn huruf besar)

sbb itulah org2 xtian dpt dibezakan drpd org2 Islam dgn gelaran TUHAN Allah (LORD God) sedangkan org2 muslim lebih gemar menggunakan Allahu Subhanahu Wa Ta'ala (SWT)

Bg org2 yahudi, mereka tidak boleh menyebut nama YHVH sbb kesucian-Nya...dan amatlah berdosa jika disebut sebagai Yahweh atau Jehovah sepertimana dakwaan org2 Xtian..

jadi, org2 yahudi lebih gemar menyeru kpd Tuhan dgn nama HaShem (yg bermaksud Sang Nama sbb nama-Nya terlalu suci)...ini wujud dlm kehidupan seharian

sementara di dlm ibadah, nama YHVH digantikan dgn panggilan Adonai (My Lord, Ya Rabbi)

Selain HaShem, nama Elokim (ubahsuai drpd nama Elohim yg juga amat kudus untuk disebut..maka diputarbelitkan lidah dgn menjadikannya sbg Elokim) juga sinonim dlm kehidupan seharian...lebih universal drpd nama HaShem yg digemari mereka yg alim2 serta orthodox

Elokim ini diterjemahkn dlm bahasa Inggeris sbg G-d (buang huruf O)

bg kaum Yahudi di middle east dan juga Israel sendiri, Allah adalah terjemah bg kata Elohim/Elokim ini dalam bahasa Arab dan bahasa2 Judeo-Arabic bg suku2 yahudi yg berasal dr Tanah Arab

maka sebutan di dlm ibadah utk Tuhan ialah Adonai Eloheinu sementara di luar ibadah ialah HaShem Elokeinu..

Allah wujud dr kata al-Ilah (Ilah yang bermaksud Tuhan...apabila ditambah article AL yg bermaksud ''The'' maka jadilah sebutannya Allah...

tp di sisi Islam, Allah jualah nama khas kpd muslim

hrp betulkn kalau silap k....


Orang2 nasrani di timur tengah memang menggunakan nama "Allah" untuk mrujuk pada tuhan, sebelum Muhammad saw dilantik jadi rasul orang2 arab jahiliyah juga menggunakan sebutan Allah. Ayahnda baginda bernama Abdullah bermakna hamba Allah sedangkan pada masa itu Rasulullah saw belum membawa Islam.


sekadar berkongsi....sebenarnya aku pon pernah terbaca artikel seperti ini....
yang baik datang dari ALLAH yang buruk dari aku sendiri.....

Thursday, March 06, 2008

JUST A JOKE

Aloy : Why is making love so enjoyable ?
PCK : Aiyah, ah boy, enjolable becaws, same like when you dig your nose with your finger mah !

Aloy : Do you think women enjoy sex more than men ?
PCK : Of course woman lah ! When you dig dig your nose, your nose feel better than your finger, right ?

Aloy : Why do women hate it when they get raped ?
PCK : Ai-yah ! Say, you walk along the load, den someone come over and dig your nose, you like or not ? Ehhh ? Don't pray pray ah !

Aloy : Why is it a woman cannot have sex when she is having her menses?
PCK : Oy !! If your nose bleeding, you still go and dig meh?? Siow ah ! Use your blain, use your blainnn ............ ...

Aloy : Why is it most men don't like wearing condoms when they are making love ?
PCK : Ehhhh, when you dig your nose ah, you like to dig with a glove on your finger or not ? Not the same shiok feeling mah. Corlight or not?

Aloy : Why is making love carried out in private ?
PCK : Ah boyyyyy, use your blain, use your blainnnnn ........... You go and dig your nose in flont of your whole class izit ?? Stupid lah!!

Aloy : Wah... Uncle Chu Kang, you are very good.
PCK : Aiyah ...... ," Best in Singapore , JB, some say Batam, and now, the whole world also ah!!!

Tuesday, March 04, 2008

<


VIDEO YANG SGT MENARIK UNTUK PILIHANRAYA 12.....
KEKADANG ADA BENARNYA APA YANG DIKATA......
LAWAK BETOL LA.....SAMPAI BILA KITA NAK UBAH GAYA HIDUP KEKEKE....




INILAH TAK SESUAI LA ...INI NAMANYA NGUTUK ORG..TAPI MAKSUDNYA CUKUP MENDALAM...
BUKAN KITA TAK SOKONG KERAJAAN...TETAPI KITA CUMA MAHUKAN KERAJAAN YANG TELUS...





SEPANJANG 4 BEKAS PM MALAYSIA YANG DAHULU TAK PERNAH BERLAKU SEPERTI INI....
BAK KATA TUN..BELIAU HANYA CUKUP TIDO YANG SEMPURNA KETIKA MENAIKI KAPAL TERBANG SAHAJA.....AKU RESPECT TUN....


KITA HARAPKAN AGAR KERAJAAN DAPAT LEBIH TELUS DALAM HAL DUIT RAKYAT....KERAJAAN TELAH MENUNJUKKAN KEJAYAAN YANG CUKUP BESAR DALAM MENJADI MALAYSIA SEBUA NEGARA YANG DIKENALI SELURUH DUNIA.....

APA YANG KITA PERLUKAN KAN ADALAH KETELUSAN DALAM DUIT RAKYAT....KRONI.....DAN BANYAK LAGI....
KITA PERLUKAN PEMBANGKANG YANG LEBIH BERKALIBER....

Terlebih dahulu saya memohon maaf jika anda penyokong kuat parti pembangkang. Jangan marah jika ayat-ayat di bawah ini menyinggung anda. Saya penyokong Barrack Obama.Saya cukup tertarik dengan pendapat Norizan yang secara lembut menyatakan 'pembangkang tak pandai'.

Memang, pembangkang Malaysia suka menghentam.. dan kelakar. Seramai-ramai pembangkang Malaysia, saya dapati hanya seorang sahaja (dahulu) yang boleh menggegarkan kerajaan DENGAN FAKTA - KS JOMO.

Pembangkang yang lain, tidak lebih dari orator. Saya sangkakan Anwar Ibrahim akan mengeluarkan idea2 fresh, tapi sayang, dia dan partinya tidak habis mengemukakan hujah mata lebam. Orang-orang kuat tidak habis cerita mengenai fail sulit tetapi kulit fail pun kita tak nampak. Seorang rakan, orang kuat PKR mempunyai slogan "BANGKITLAH KAUM BURUH & PETANI, MENENTANG KAPITALISME" .

Saya hairan, dia ni silap era kah ? Tak tau kah dia yang pertanian hanya menyumbang kurang dari 10% ke arah pendapatan negara. Buruh ? tidak nampak kah dia yang semakin ramai mengikut jejak taukeh2 berbisnes ? Saya rasa dia kelakar.Negara kebajikan ? Memang la ada .. duduk di Havana, Cuba, hisap curut..tetapi dari segi keupayaan diri, kita tertinggal 50 tahun kebelakang. Bahasa PhD-nya "a very low domestic and international competitive level". Siapa nak ngorat kita (thru pelaburan) jika kita lembab dan lemah sangat (tidak ada daya saing)? Sekarang zaman zaasss ..laju.Pembangkang kelakar kerana hendak beria-ia merealisasikan negara kebajikan.

Kepada mereka yang tidak faham, saya terangkan sedikit. Negara kebajikan bermakna kerajaan akan membelanjakan sebahagian besar duit kita (dapat melalui tax) untuk membina prasarana dan bagi free kemudahan kebajikan. Tetapi, macam mana kerajaan hendak belanjakan duit yg banyak jika dia kata nak kenakan cukai rendah ? Pendapatan (melalui tax) = $30, nak belanjakan (membuat kebajikan) = $25. Balance ciput = $5, itupun kira baik kalau takdak tsunami lagi. Selalunya kerajaan akan berhutang (fiscal deficit) utk melaksanakan prasarana, nak buat kebajikan.

Tetapi, bijakkah nak berhutang untuk berbakti ? Or in laymen "Kita kenakan cukai rendah (baca:pendapatan kerajaan akan jadi sikit), takpa, lepaih tu kita kasi free hospital expenses (baca: perbelanjaan banyak oleh kerajaan), free itu, free ini" .....hmm..Kelakar tak ? Lagi satu isu kelakar ialah nak turunkan harga minyak. Nasib baik minyak sekarang tak sampai USD 200 se-tong, kalau tak bankrap kerajaan asik nak subsidize negara. Tapi pembangkang nak jugak turunkan harga minyak Malaysia. Diorang nak buat macam mana aa ? Nak pakat2 dengan OPEC "kasi kurang lagi 70% la incik" ? Yang duk ada sekarang ni pun dah kurang banyak sebab Malaysia bespren OPEC.

Tang ni Rafidah Aziz kelakar, sebab dia kata 'nak turunkan apa ? minyak bijan ka ?'...(minyak bijan pun mahal tapi sedap bubuh dalam sup). In short, saya tak nampak apa-apa yang menarik tentang plan pembangunan mereka. Betul kata anda, di sini Kevin Rudd or Green membentangkan alternatif pembangunan yang cukup bernas.

Selain dari menggosip & memainkan isu perkauman (read between their lines too), pembangkang has nothing much in their points that can be put inside my thesis.

Monday, March 03, 2008














SEMPENA PILIHANRAYA UMUM KE 12 NIE .....BANYAK BETUL POSTER MENARIK YANG BOLEH KITA KONGSI BERSAMA......









AKU AMBIL KESEMPATAN NIE UNTUK KITA SAMA2 BERKONGSI APA MAKSUD DISEBALIK SETIAP POSTER....


















ADA YANG BENAR....ADA YANG MEMFITNAH.....SEBAGAI UMAT ISLAM....









AMBIL YANG JERNIH TINGGALKAN YANG KERUH.......










































































Wednesday, February 27, 2008

Diet ala Rasulullah SAW(dari Miliss negara jiran)

RENUNGAN

JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunanmakanandan lain2 penyakit.

Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

Insya Allah kalau anda ikut dietRasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU

ConToH :- Cocktail* CARA MAKAN JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI,

SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YG TINGGALMAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADANAKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit, tapi kalau tak percaya... cobalah....Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kitasudahtua nanti.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu karena akan cepat mendapatpenyakit.

Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurangkurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyakterkandung di celah jari-jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam airliur (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Wassalam...Sama-samalah kita mengamalkannya.......

Marilah kita mencuba....manatau ada manfaat disebaliknya...
Mandi wajib yg betul

Mari Kita Belajar Mandi Wajib Yang Betul.....................


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak bolehmelakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mestidilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannyayang zahir.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak bolehdipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhirukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara.

Pertama, niat.
Kedua, menghilangkan najis di badan.
Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai kemana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu diamestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggotabadannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.
Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai airke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.

Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.

Membuangkotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jikadia hendak mandi wajib,

Sunday, February 17, 2008







Muhammad Arief Hakimi......itu la nama anak sulung aku.....



tanggal 29 DIsember 2007...lahirlah seorang putera yang comel dalam hidup aku......






Syukur Alhamdulillah....semua selamat....anak dan juga isteri aku.......lega aku....



semuanya bermula pukul 3.30 pg 29 hb ......dier sakit so aku dalam kul 7.00 pg hantar la dier kat Hosp Serdang....hampir sehari suntuk aku menunngu kat hospital...akhirnya dalam pukul 7.30 mlm.....lahir la Arief Hakimi.......






TIme tue azan maghrib berkumandang.......aku bertuah sgt sebab sempat juga masuk ke dalam wad bersalin bersama2 isteri aku....






Dari awal sampai ahkir proses dapat aku lihat dengan jelas.......dapat ler aku membantu isteri aku semasa dier bersalin........






Setelah selesai semua aku sendiri yang azankan anak aku........ini ler gambar putera sulung aku....

Sunday, February 10, 2008



Akhirnya dapat juga aku makan kat kedai TUN MAHATHIR......Seorang pemimpin yang amat aku sayangi...senangi....dan aku hormati....

THE LOAF......dah lama aku ngidam nak pi mencuba kat kedai dier.......

walaupun dier tak ader kat sana...tapi ia merupakan satu kepuasan bagi aku.....

SO ari tue aku pon try la makan smoked sandwich salmon......sekeping rm17 beb.....

tapi puas hati la.....sedap giler....sepanjang aku makan smoked salmon...favourite aku la....tak ader yang sesedap mcm nie lagi.....
no wonder la TUN bekerjasama dengan rakan niaga dier dari JAPAN.....


THE LOAF ada 2 cawanngan skang nie....satu kat langkawi satu lagi kat the pavillion...

korang pergi la cuba......moga satu hari nanti aku berjaya sepertinya........

Friday, February 01, 2008

LAGU INI DITUJUKAN PADA SEMUA MANUSIA SAMAADA KAYA ATAUPUN MISKIN.....

TERLALU BANYAK PESANAN BAGI SEORANG MANUSIA YANG DITUJUKAN DI DALAM LAGU INI............

INGATLAH HIDUP KITA HANYA SEMENTARA

Alhamdulillah (Malay Version)


Dian Sastro:

disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
*sadarku akan hadirmu,
mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri



Yassin:

ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)



Malique:

merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!

Joe Flizzow:

jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah
entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

Ahli Fiqir:

aku yang memandang di dalam lubuk hati,
mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,
semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,
moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

Dian Sastro:

sujudku pun takkan memuaskan inginku'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....

Saturday, January 26, 2008

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary




Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


L/belakang Syed Mokhtar


- Umur - 54 tahun


- Pendidikan - SPM


- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

- Kekayaan -RM1,425 juta

- Ke 7 terkaya di Malaysia

- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya

- MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS,Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

- Kereta - Proton Perdana

- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.



- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunyamenyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagaipengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi(RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.



Kata - Kata Belia Yang Patut Kita Renungkan

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan



2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.


3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.



4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.



5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.



6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya adacita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.



7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.



8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.



9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.



10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?



11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.



12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.



13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah