Tuesday, July 27, 2010
Tak sangka berat aku dah naik lagi 8 kilogram hahaah..... Dah cukup la... Stat pada ari ni aku kena start diet nampaknya.... Aku tekad nak pi gym sepanjang bulan puasa ni...mahu tak mahu aku kena lakukan jugak no excuse.... Aku bagi tempoh dlm masa 3 bulan utk kembali aktif dan fit.... Byk cakap tak mahu la... Target aku nak dapatkan kembali dalam 70 kg.... Dan aku nak buktikan pada semua org la.... Takkan nak tgk bini jer cantik.. Laki pon kena smart gak bila berada disebelah.... Keeekke.... Aku nak bagi semua kagum la dgn aku... Biar depa terkejut sikitla....aku tak sabo ni nak buktikan pada semua org kekeke
Sunday, May 16, 2010
NASI BUKHARI AYAM
Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula
bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis swhingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.
Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula
bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis swhingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.
Friday, May 14, 2010
Sunday, August 23, 2009
Selamat berpuasa.....bulan yang paling baik antara seribu bulan datang lg.....kali ni aku tak bzzzz sgt mcm tahun lepas..aku cuma ada beberapa function jer... itu pun kira cukup la untuk bulan ni... ada budak baru plak yg masuk keje ngan aku.... Ntah la mcm mana dan aku hope dier ni ok la...budak ni kita tak perangai mcm mana lg, kena tgk la.... Pak cik yg tua keje ngan aku tu keje sakit jer alasanya.... Yg sebenarnya dier malas nak keje je.... Ada lagi lelaki yg hanya harapkan bini je kerja.... Sampaikan duit rokok dan makan pon nak kena minta kat bini... Laki mcm ni btol btol memalukan kaum lelaki ja...insapla oi umur dah 40 tahun... Solat tak tinggal.... Tanggungjawab seorang suami. Takkan dah lupa kot.... kadang sikap mcm ni la aku meluat nak tgk.... Sakit bukan alasan utk tidak bekerjabila kita dah ada tanggungjawab yg perlu kita galas.... Kalau dah sakit sampai takleh bgn tu lain la alasanya.... Marila kita renungkan hidup ygpenuh dgn pelbagai ragam ni
Sunday, August 02, 2009
Aku kecewa sebenarnya.....adik aku benti kerja katanya nak bersama -sama jalankan bisnes...tapi harapan aku berkecai gak la.. dari 100% yang aku harapkan cuma boleh bagi 30% je kat dier... sebelum benti sembang ngan aku punya la semangat... Tapi bila dah stat keja semuanya hampeh.... Rupanya cakap jer melangit kekeke... Bangun lambat, malas, tido jer kerjanya, ntahla semuanya memeningkan aku jer.... Terpaksa la aku suruh dier cari kerja sebab aku tau tempat nie tak layak untuk dier... inilah luahan hati aku
Monday, June 29, 2009
Rupanya dah lama aku tak tulis blog aku nie..... adik aku pon dah sambut bday kali kedua dah...itu tandanya dah setahun aku tak tulis keke... alhamdulillah lepas ni dapatla aku tulis balik..sejak aku beli ipod ni senangla aku nak check mail dan main internet...sambil tido pon aku leh tulis.. gmbar maisarah nanti la aku masukkan
Subscribe to:
Comments (Atom)