Saturday, May 03, 2008

MAKSUD DI SEBALIK PERKATAAN......


Di Amerika Syarikat dan Eropah, profesional yang mengembara ke angkasa lepas dipanggil astronaut.



Dalam bahasa Greek, ástron bermaksud bintang dan nautes bermaksud kelasi. Orang pertama menggunakan istilah astronout ialah Neil R Jones dalam cerita pendek 'The Death's Head Meteor' pada 1930. Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) menggunakan istilah ini untuk angkasawannya yang melepasi sempadan bumi (orbit).



Russia menggunakan istilah cosmonaut. Istilah ini berasal daripada cosmos (alam semesta) dan nautes (kelasi). Kedua-dua istilah mempunyai makna sama tetapi digunakan kerana faktor politik.

Pada 14 Mac 1995, angkasawan Norman Thagard menjadi rakyat Amerika pertama menaiki kapal angkasa Russia dan digelar cosmonaut Amerika.
China menggunakan istilah "yuhangyuan" atau "hangtianyuan" menggantikan perkataan angkasawan. Bagaimanapun, media Barat menggunakan istilah taikonaut untuk angkasawan China.



Angkasawan termuda ialah rakyat Russia, Gherman Titov berusia 25 tahun berlepas menggunakan kapal angkasa Vostok 2. Dia juga orang pertama mendapat penyakit di angkasa. Angkasawan tertua ialah John Glenn yang ketika itu berumur 77 tahun, menaiki STS-95 manakala angkasawan yang tinggal paling lama di angkasa lepas iaitu selama 438 hari ialah rakyat Russia, Valery Polykov.



Kapal angkasa yang pergi paling jauh ialah Apollo 13, sejauh 401,056 kilometer. Pada Disember 1980, wartawan Sistem Penyiaran Tokyo, Toyohiro Akiyama menjadi orang pertama membayar pengembaraan ke angkasa lepas dengan kos AS$12 juta. Dia digelar 'angkasawan penyelidik'. Malangnya Toyohiro menderita sakit sepanjang berada di angkasa lepas.


<
MANCHESTER UNITED 1 BARCELONA 0

Yahoooooooooooooooo...........thanks to Paul Scholes...
Malam yang penah bermakna buat aku........dah lebih kurang 9 tahun aku menunggu saat ini akhirnya dapat juga aku tgk MU masuk final sekali lagi.....

Mlm tue memang cukup puas hati....nasib la adik aku sorang ada gak yang meneman aku tgk MU lawan......




Last 10 minit tue jantung aku berdegup kencang jer rasanya.....kalau aku ader sakit jantung ...boleh mati aku dibuatnya......

Final nanti dapat la aku pi tgk MU kat Bangsar ker....baru puas hati beb.....
So lepas nie aku nak tgk MU menag Liga plak la .....today lawan West Ham..harap menang ler.....


Chelsea jugak lawan tunggal yang menggugat kelab aku nie .........MAN U FOREVER...