Tuesday, June 26, 2007



Bosanya keje skang nie....sebenarnya aku tengah bersabar dalam hal keje nie.....

Bisnes kuih pon dah makin maju skang...so dalam bulan Julai ni adalah hari terakhir aku di INS....
lepas ni aku akan tumpukan perhatian aku pada bisnes sahaja....harap tindakan aku ni adalah betul dan juga tepat......Aku pernah dgr aku punya CEO cakap.....BERANI JADI KAYA....


Betul apa yang Datuk cakap....so aku akan sahut cabaran ni untuk jadi kaya.....
Minded aku ni pon dari dulu tetap bisnes...bagi aku kalau setakat kerja makan gaji takkan kaya sampai bila - bila......
Sekarang ni pon aku dah ader tapak untuk meniaga.....baik aku teruskan...Nabi pon pernah cakap.....9/10 rezeki daripada dunia datangnya daripada meniaga....apa kata aku sahut cabaran nie...
Sesungguh...setiap langkah yang aku buat ini agak menakutkan....tapi aku kena ingat.....untuk berjaya bukan senang...untuk kaya juga bukan senang....
Mulai skang...aku akan buktikan bahawa Orang Melayu boleh berjaya dalam bidang perniagaann.......




Tuesday, June 19, 2007




Joke Of The Day:Classroom Dialogue...



TEACHER: Maria, go to the map and find North America.MARIA: Here it is!TEACHER : Correct. Now class, who discovered America?


CLASS : Maria!





TEACHER : Why are you late, Frank?FRANK : Because of the sign.TEACHER : What sign?FRANK : The one that says, "School Ahead, Go Slow."





TEACHER: John, why are you doing your math multiplication on the floor?


JOHN : You told me to do it without using tables!



TEACHER : Glenn, how do you spell "crocodile?"


GLENN : K-R-O-K-O-D- A-I-L"


TEACHER : No, that's wrong


GLENN : Maybe it s wrong, but you asked me how I spell it!



TEACHER : Donald, what is the chemical formula for water?


DONALD : H I J K L M N O!!


TEACHER : What are you talking about?


DONALD : Yesterday you said it's H to O!



TEACHER : Winnie, name an important thing we have today, we didn't have 10 years ago.


WINNIE : Me!



TEACHER : Goss, why do you always get so dirty?


GOSS : Well, I'm a lot closer to the ground than you are.



TEACHER : Millie, give me a sentence starting with "I."


MILLIE : I is...


TEACHER : No, Millie..... Always say, "I am."


MILLIE : All right... "I am the ninth letter of the alphabet."



TEACHER : Can anybody give an example of COINCIDENCE?


TINO: Sir, my Mother and Father got married on the same day, same time."



TEACHER: George Washington not only chopped down his father's cherry tree, but also admitted doing it. Now, Louie, do you know why his father didn't punish him?"


LOUIS : Because George still had the ax in his hand.



TEACHER : Now, Simon, tell me frankly, do you say prayers before eating?


SIMON : No sir, I don't have to, my Mom is a good cook.



TEACHER : Clyde, your composition on "My Dog" is exactly the same as your brother's. Did you copy his?


CLYDE : No, teacher, it's the same dog!



TEACHER: Harold, what do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?


HAROLD : A teacher.
GOUT............... Cukup Menyeksakan.........

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat
1. asimptomatik (tiada simptom)
2. akut
3. interkritikal
4. kronik

Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba;biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang- ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.


Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit.

Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit.

Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.

Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama birdikatakan lebih berisiko mendapat gout.

Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66kilogram daripada berat badan normal.

Penyakit — Sesetengah penyakit sepertitekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia(paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis(penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.

Keadaan Kesihatan - Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secaratiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asidurik dalam badannya.

Ubat - Malah, ubat mengawal tekanan darah dankemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urikdalam badan pesakit.

Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datangdaripada keluarga yang ada masalah gout.

Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kesmembabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagiwanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada disendi, buah pinggang atau kulit.

Mewarisi Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi,terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.

Bagi individu yang mempunyai masalah gout,mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanankaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi,ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dankerap bersenam.